Wednesday, November 6, 2013

Cara nak mempamerkan sayang kepada Ibu

As salamu'alaikum penanti setia Wardah Inspiring yg di rahmati Allah SWT.
*Tips/Nasihat*
Syurga di bwh telapak kaki ibu & di bawah redha (bkn di bwh kaki) suami.

Antara cara nak mempamerkan syg kpd ibu:
1. Sentiasa mendoakan ibu agar dpt redha Allah
2. Elak buat ibu menangis sbb sedih, kecil hati atau marah. Jika ibu menangis sbb bahagia & redha, maka air mata ibu akan memadamkan api neraka yg nak membakar anaknya!
3. Gembirakan hati ibu dgn memberi hadiah (sebarang benda yg ibu suka)
4. Setiap hari lahir anak yg dah dewasa, beri hadiah kpd ibu tanda kita bersyukur di lahirkan ibu ke dunia. Jgn harap hadiah drp ibu!
5. Bantu ibu drp segi kewangan mengikut kemampuan anak. Elak terlalu berharap kpd adik beradik yg lain!
6. Fahami perubahan usia ibu. Dia tak mcm dulu lagi. Org tua akan jadi lebih sensitif, kurang tenaga, mudah sakit & minta di manja
7. Elak bebani ibu dgn masalah kita
8. Damaikan ibu dgn sesiapa yg beliau kecil hati
9. Bawa ibu ke majlis ilmu
10. Biayai ibu utk tunaikan haji & umrah. Pakat dgn adik beradik agar ringan beban kewangan
11. Berhikmah jika nak sampaikan berita sedih kpd ibu
12. Lakukan ibadah wakaf utk ibu setakat kemampuan
13. Jaga rahsia ibu & elak permalukan ibu!
14. Lebihkan ibu drp isteri atau sesiapapun. Isteri kena lebihkan suami tapi jagalah hati ibu jgn terguris.
15. Berlapang dada terhadap teguran, nasihat atau kerenah ibu
16. Didik anak agar tak menyusahkan ibu mu (nenek mrk)
17. Ziarah atau telefon ibu sekerap mungkin
18. Sentiasa mohon maaf drp ibu, takut2 ibu pergi dulu
19. Tegur & nasihati ibu dgn cara yg paling hikmah agar ibu tak kecil hati
20. Jgn sesekali merendahkan atau memperkecilkan ibu
21. Mohonlah izin & doa drp ibu sblm bermusafir
22. Sediakan telefon yg mesra pengguna utk ibu-- masukkan software Quran yg jelas & mudah ibu baca
23. Hubungkan ibu dgn kwn2nya
24. Eratkan hub dgn adik beradik agar IBU BAHAGIA
25. Peka kpd "hajat" ibu yg sering tak terucap, sbb ibu tak mahu menyusahkan anak2
26. Seboleh2nya, carilah rumah berdekatan dgn rumah ibu
27. Sentiasa ucap terima kasih kpd ibu
28. Hebatkan diri agar jadi kebanggaan kpd ibu
29. Prihatin terhadap kesihatan ibu
30. Byk bersedekah atas nama ibu
31. Yakinlah walau apapun khidmat yg kita berikan, TIDAK AKAN TERBALAS JASA IBU

Ada beribu lagi perkara yg boleh kita lakukan utk pamer sayang kita kpd ibu. Moga Allah Rahmati kita semua & dpt berbakti kpd ibu selagi mereka masih ada.
Amin, wassalam.

No comments:

Post a Comment