Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Pesanan utk diri saya jua.. kerana, adakalanya kita TERLUPA...

Setinggi mana kita terbang...
Seluas mana kita seberang lautan...

JANGAN sekali2 lupa akan asal usul kita.. Ingat asal usul kita... Dimana kita berpijak... JANGAN kerana berCampur orang2 BESAR.. Orang2 yang ada NAMA... Kita jadi GAH lebih dari orang2 besar dan terNama...

Adakalanya... yang terNama.. tersohor.. TAK Begitu GAH... tetapi yang tepi2... TEMPIASnya lebih dari yang GAH!!!...

Pesanan utk diri saya jua.. kerana, adakalanya kita TERLUPA...
Wassalam...

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof

Thursday, April 10, 2014

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.

Assalamualaikum..

Sis cukup terkesan dng tazkirah ni..

Jom same2 muhasabah diri..

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.

Mari fikir-fikirkan...

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT.
Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang.
Bukan sebab orang aniaya.
Bukan sebab santau atau kerja jin.
Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam.
Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

KEBERKATAN YANG DICARI

6 cara utk mendapat pahala setelah mati:

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tempat awam.

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.


~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yus Yusof
#wardahskincare #wardahkosmetik #wardahbeauty #love #earth #live #life #sayajualwardah #wardah #isellwardahproducts
#prayMH370

PERBANYAKKAN PERKONGSIAN BERMANFAAT DI FB,TWITTER MAHUPUN MANA2 MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum...

PERBANYAKKAN PERKONGSIAN BERMANFAAT DI FB,TWITTER MAHUPUN MANA2 MEDIA SOSIAL

Mari kita buat perkongsian yang bermanfaat agar IA TIDAK menjadi sesuatu yang 'sia-sia'.

Setiap kita ini tentunya mempunyai tip-tip, ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman yang boleh kita kongsikan bagi menjadikan kita dan rakan-rakan kita menjadi lebih baik dari semalam.

Kongsikanlah. Tuliskan ia apabila terlintas difikiran kita. 
Moga dengan itu dibukakan pintu rezeki dan dipermudahkan urusan kita, kerana membantu rakan-rakan dengan maklumat dan ilmu yang kita ada itu menurunkan Rahmat Allah SWT kepada kita.

Amin. Amin. Amin.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yus Yusof
#wardahskincare #wardahkosmetik #wardahbeauty #love #earth #live #life#sayajualwardah #wardah #isellwardahproducts

Friday, February 7, 2014

rezeki

Ya Allah... luaskan rezeki kami...yang halal lagi baik.. tanpa memberatkan kami....

Jika rezeki itu ada di langit... turunkanlah....
Jika ada di bumi...keluarkanlah... 
Jika jauh....dekatkanlah....
Jika susah... mudahkanlah.... 
Jika sedikit... perbanyaklah....
Jika banyak... berkatilah kami... agar kami dapat menolong anak yatim.. orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam kesulitan... 

Ya Allah... kabulkanlah doa kami... Amin, amin, yarabbal alamin

Thursday, February 6, 2014

10 PESANAN BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN




10 PESANAN BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu      
    lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia 
    menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan 
   diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit 
   dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. 
    Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, 
   kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, 
   suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak 
  di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap 
  meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah – dayus, cepat melahirkan sifat marah – lemah 
   mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-
  tempat yang munasabah inilah manusia normal.


7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang 
   kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat 
   kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk 
   dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus 
   hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada 
     kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Tuesday, January 28, 2014

How Long To Nap

The sleep experts say a 10-20-minute power nap gives you the best "Brain Reboot" but depending on what you want the nap to do for you For a quick boost of alertness, experts say a 10-20-minute power nap is adequate for getting back to work in a pinch. For cognitive memory processing, however, a 60-minute nap may do more good, Dr. Mednick said. Including slow-wave sleep helps with remembering facts, places and faces. The downside: some grogginess upon waking. Finally, the 90-minute nap will likely involve a full cycle of sleep, which aids creativity and emotional and procedural memory, such as learning how to ride a bike.

Monday, January 27, 2014

TEN FAT BURNING FOODS

TEN FAT BURNING FOODS 

1. Oats : Its not only tastes great but also reduces your hunger. Oats contains fiber which helps and stabilizes the levels of cholesterol.

2. Eggs : Eggs are the rich sources of proteins and low in calories. Eggs helps us to build the muscles and develops the good cholesterol.

3. Apples : Apples are enriched with powerful antioxidants and other supplements. Most importantly it contains Pectin which helps to reduce the fat cells in the body.

4. Green Chillies : Green chillies contains Capsaicin which helps to develop the body growth cells and burns the calories in quick time.

5. Garlic : Garlic contains Allicin which has anti-bacterial properties helps us to reduce the fat and removes the bad cholesterol.

6. Honey : Honey is the best one to burn fat. Add honey in warm water and take it daily in the early morning.

7. Green Tea : Green Tea is the most effective one which helps you to lose weight. It contains Antioxidants which helps and stabilizes our body weight. Take daily 2 cups of tea for a better results.

8. Wheat Grass : It boosts our metabolism and helps to reduce the fat.

9. Tomatoes : Tomatoes helps us to burn the fat in quick time. It also helps us to stay away from cancer. So Take tomatoes in your diet regularly.

10. Dark Chocolate : Dark chocolate contains Flavonoids, anti-inflammatory properties which helps to reduce the cholesterol levels in the blood. It boost the growth of serotonin in the blood and also burns the fat.


~Insp¡r¡ngLy Del¡ghtFul~
Sis Raden Faezah...


#wardahskincare #wardahkosmetik #wardahbeauty #love #earth#live #life #sayajualwardah

Sunday, January 26, 2014

Tips Strategic Thinking


------------------------
Tujuan : To make sure your Time & Money investment berbaloi.

~Apa yang saya buat last year sehingga sekarang.

-Buat jadual.
-Senaraikan tugasan/kursus apa yang kita perlu buat/attend.
-Apa faedah/ilmu yang kita dapat.
-Di mana kesan faedah, Bagaimana kita nak gunakan ilmu tu, atau
-Bagaimana nak convert ilmu itu kepada duit.
-Bila kita plan nak implement (letakkan target date).

Simple tips.

Thursday, January 23, 2014

:: PETUA HUBUNGAN SENTIASA MEKAR ::

Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai.

Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.

* Sentuhlah tangannya selalu.

* Ajaklah dia mandi bersama.

* Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.

* Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.

* Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.

* Tulislah nota cinta buat si dia.

* Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.

* Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.

* Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.

* Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.

* Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.

* Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.

* Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.

* Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.

* Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.

* Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.

* Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.

* Peluklah si dia sekerap mungkin.

* Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.


~Insp¡r¡ngLy Del¡ghtFul~
Sis Raden Faezah...

#wardahskincare #wardahkosmetik #wardahbeauty #love #earth#live #life #sayajualwardah


Jom Like>>https://m.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah

Wednesday, January 22, 2014

19 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT HADITS

::19 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT HADITS::

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam surga).

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

6. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah surga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a. berkata, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga salat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya

terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam surga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Subhanallah..


Silahkan Klik Like dan Sharekan di halamanmu agar kamu dan teman-temanmu senantiasa istiqomah dan bisa meningkatkan ketakwaannya kepada ALLAH SWT.

Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca tausiah ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan membagikan tausiah ini.


Jom Like>> https://m.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah 

#wardahskincare #wardahkosmetik #wardahbeauty #love #earth #live #life #sayajualwardah

Sunday, January 12, 2014

* 6 Advices from Luqman Al-Hakim *

❶ Be Grateful to Allah,

❷ Peform Prayers,

❸ Be dutiful and good to our parents,

❹ Do not associate anything with Allah,

❺ Promote what is good and Forbid what is wrong,

❻ Walk and talk in humility.



҈[Surah Luqman 31: 12-19]

Thursday, January 9, 2014



Jika landasan pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika pelayanan ditempat tidur tidak memuaskan

Jika landasan pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal berpisah jika bangkrap

Jika landasan pernikahan adalah kerana TUBUH, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka berkedut atau badan jadi gemuk

Jika landasan pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir

Jika landasan pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya

Jika landasan pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI

Jika landasan pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluknya

ALLAH mencintai hambanya melebihi seorang ibu mencintai bayinya

Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Semoga kita mendapat pasangan yang sholeh/sholehah, Aamiin.

Silahkan Klik "Like" dan "Share", Jika dinilai baik & bermanfaat bagi sahabat semua. Semoga menjadi kebaikan Kita semua.

Wednesday, January 8, 2014

Memang selalu ada depan mata, tapi kita tidak nampak.

Sebab Fokus tidak diberikan.

Kita akan menarik apa yang kita berikan sepenuh tumpuan dan fokus.

Tetapkan fokus yang betul. Hasil pun betul.

Kalau sekadar explore -> hasilnya kepuasan explore.

Kalau fokus untuk bangunkan multimillion busines -> hasilnya multimillion business.

Kita dapat, apa yang kita fokus.

Tuesday, January 7, 2014

FOCUS on RESULTS.

Progress comes when you FOCUS on RESULTS.. Progress happens when you VISUALIZE the results you DESIRE, when you expect those results, and then work to MAKE them HAPPEN.

FOCUS on RESULTS, and you can figure out how to bring them about. FOCUS on RESULTS, and you have a way to know, in each and every step, whether or not you’re making progress.

GOOD INTENTIONS are nice, and sophisticated methods are impressive. What REALLY COUNT, though, are the END RESULTS.

Any effort you undertake will use your precious time and resources. Make sure you get the most value in return by STAYING FOCUSED on the RESULTS.

DON'T ALLOW yourself to remain stuck in mediocrity. DON'T FOOL yourself into thinking you’re doing great when you’re really doing not much at all.

CLEARLY and SPECIFICALLY define the results you seek, measure your progress, and weigh each action, each effort, accordingly. FOCUS on RESULTS and you’ll get the very BEST ones.

— Ralph Marston

Tuesday, December 24, 2013

Tips khusus utk mengekalkan Lipstik agar lebih tahan lama..







Assalamualaikum...

Selamat pagi Malaysia,terutama sekalipengunjung,
FbPage:https://www.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah


Tips untuk Pagi ini pula mengenai,
tips khusus utk mengekalkan Lipstik agar lebih tahan lama



Pembelian Ekspress Checkout utk produks boleh ker 

 >>>   www.wardahskincare.com   <<<

1)Gariskan bibir dgn warna yg lebih gelap mengunakan warna yg tona gelap skit menggunakan pensel atau berus lipstik yang kecil..
Tujuan:supaya sapuan jadi rapi dan tak melebihi sempadan

2)Tekapkan bedak tabur dengan "puff"
Tujuan:Utk samarkan dan membuat 'Barrier'

3)Sapukan Lipstik Guna Berus lipstik...tekap dgn tissue dan tekap dengan sedikit bedak..

4)Sapukan sekali lagi lipstik,utk kesan seksi jgn lupa sapukan pengilat bibir...

Selamat menggunakan Tips Ini yer...Beberapa Hari berikut nie adalah tips2 Make up dr saya..yer...Jadi Nantikan yer...

Tuesday, December 3, 2013

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW,Bahagian Selepas Tidur Part 2

Assalamu'alaiku m Warahmatullahi Wabarakatuh

Untaian Rasa Syukur Hanya ILLAHI RABBI,
Kerana memberi sekali lagi peluang ini...

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW,Bahagian Selepas Tidur Part 2
Sambungan Semalam....
5. Basuh tangan tiga kali.

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum dia mencucinya tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Masukkan air kehidung.

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarla h (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (Hadis Riwayat. Bukhari dan Muslim)

7. Berwuduk.

Membuka ikatan syaitan kedua.

8. Solat Tahajud./ Solat Wuduk.

Membuka ikatan syaitan ketiga.


 Sahabat yang dikasihi,
" Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah SAW dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat semaksima yang termampu. In syaa Allah moga-moga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan mampu untuk melaksanakan amalan sunah sebelum, ketika dan selepas tidur

** Mohon keikhlasannya Untuk mema'afkan jika ada salah&qilaf ,, Dan juga tidak bermaksud memandai2 kerana yang menguraikan juga tdk lebih dari yang membaca.

Semoga Bermanfa'at
SELAMAT MENGAMALKAN

Jom Share dan like Page ini..>>https://www.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah

Monday, December 2, 2013

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW,Bahagian Selepas Tidur Part 1

Assalamu'alaiku m Warahmatullahi Wabarakatuh

Untaian Rasa Syukur Hanya ILLAHI RABBI,
Semoga Kebangkitan Hari Ini Menjadi Kemulian untuk hari2 seterusnya

Ketiga : Selepas Tidur

1. Bangun daripada tidur.

"Terdapat juga suatu Hadis lain dimana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:"Syai tan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang diantara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila ia berwuduk maka akan terbuka ikatan kedua. Apabila ia Solat , maka akan terlepaslah semua ikatannya. Ia akan merasa sesuatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak ia akan merasa malas dan kekusutan hati". (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

2. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan.

"Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

"Daripada Ibn ‘Abbas r.a. katanya yang bermaksud , “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Membaca doa sesudah bangun dari tidur:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya :"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit"

Membuka ikatan syaitan pertama.

4. Membersihkan mulut dengan bersiwak (bersugi)

"Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

** Mohon keikhlasannya Untuk mema'afkan jika ada salah&qilaf ,, Dan juga tidak bermaksud memandai2 kerana yang menguraikan juga tdk lebih dari yang membaca.

Semoga Bermanfa'at
SELAMAT MENGAMALKAN

Jom Share dan like Page ini..>>https://www.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah

Saturday, November 30, 2013

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW,Bahagian Ketika Tidur

Assalamu'alaiku m Warahmatullahi Wabarakatuh

Untaian Rasa Syukur Hanya ILLAHI RABBI,
Kerana Telah diberi Nikmat Menghirup Udara Segar Sekali Lagi...

Kedua : Amalan Ketika Tidur.

1. Terbangun daripada tidur.

"Apabila tiba-tiba terbangun di tengah malam, maka dianjurkan meminta kepada Allah SWT kerana saat itu adalah saat yang mustajab, sebagaimana sabda Nabi SAW. “Tidaklah seorang muslim yang tidur dalam keadaan suci dan berdzikir lalu tiba-tiba terbangun di malam hari kemudian mohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan mengabulkannya” (Hadis Riwayat Abu Daud).

2. Mimpi buruk .

"Apabila mendapat mimpi buruk baca doa maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya , dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)”. (Hadis Riwayat Abu Daud&At Tirmizi)

"Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :"Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan. "(Hadis Riwayat Muslim)

3. Mimpi baik.

"Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakann ya maka hendaklah ia mengucapkan'alh amdulillah'dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitanir rajiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).


** Mohon keikhlasannya Untuk mema'afkan jika ada salah&qilaf ,, Dan juga tidak bermaksud memandai2 kerana yang menguraikan juga tdk lebih dari yang membaca.

Semoga Bermanfa'at
SELAMAT MENGAMALKAN

Jom Share dan like Page ini..>>https://www.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah

Friday, November 29, 2013

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW Bahagian Sebelum tidur Part 3

Assalamu'alaiku m Warahmatullahi Wabarakatuh

Untaian Rasa Syukur Hanya ILLAHI RABBI,
Syukur, Alhamdulillah...Sambungan terakhir...

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW Bahagian Sebelum tidur Part 3

9. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan gangguan jin dan syiatan , sihir dan niat jahat manusia.

"Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Niat untuk bangun Tahajjud.

"Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya."

11. Membaca doa sebelum tidur.

"Berdasarkan hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai. Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ

(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)

12. Ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah cara tidur yang dibenci oleh Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari -Sahih Adab Al-Mufrad)

"Tidak tidur dengan tengkurap, berdasarkan sabda Nabi SAW maksudnya, “Sesungguhnya itu adalah cara tidur yang dimurkai Allah ‘azza wa jalla”. (Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

13. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita . Bersihkan hati daripada hasad dengki, iri hati dan bertaubat kepada Allah SWT sebelum tidur dengan beristighfar.

** Mohon keikhlasannya Untuk mema'afkan jika ada salah&qilaf ,, Dan juga tidak bermaksud memandai2 kerana yang menguraikan juga tdk lebih dari yang membaca.

Semoga Bermanfa'at
SELAMAT MENGAMALKAN

Thursday, November 28, 2013

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW Bahagian Sebelum tidur Part 2

Assalamu'alaiku m Warahmatullahi Wabarakatuh

Untaian Rasa Syukur Hanya ILLAHI RABBI,
Alhamdulillah,di pagi ini bersambung lagilah rungkaian semalam...

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW Bahagian Sebelum tidur Part 2

5. Dianjurkan juga membaca ayat Kursi, membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah atau membaca surat Ali ‘Imran ayat 190-200. (Hadis Riwayat Bukhari).

6. Membaca Surah al-Kaafirun sebelum tidur.
"Sabda Nabi SAW didalam hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:

"Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaafirun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik."

7. Jangan tidur menghadap kaki arah kiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. Berbaringlah disisi kanan.

Sabda Nabi SAW : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Dan dalam hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah r.a. katanya:"Sesung guhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ

Maksudnya:"Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu."

8. Membaca Tasbih Fatimah. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada Nabi SAW seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi SAW :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Hadis Riwayat Muslim)



** Mohon keikhlasannya Untuk mema'afkan jika ada salah&qilaf ,, Dan juga tidak bermaksud memandai2 kerana yang menguraikan juga tdk lebih dari yang membaca.

Semoga Bermanfa'at
SELAMAT MENGAMALKAN

Jom Share dan like Page ini..>>https://www.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah