Tuesday, July 2, 2013

Antara khasiat coklat yang kita tak tahu.


Antara khasiat coklat yang kita tak tahu

.
Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi.
Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. 
Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Coklat ni memang kaya dengan antioxidant. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda seketika sewaktu..

**Info sihat**



Coklat gelap

Coklat gelap dan koko mempunyai lebih banyak kandungan antioksida daripada jus buah, menurut satu kajian yang dikeluarkan dalam Chemistry Central Journal.

Produk-produk coklat juga mempunyai lebih banyak polifenol dan flavanol yang baik untuk jantung, kajian tersebut dapati. Berita baik ini tidak termasuk minuman koko panas, yang mana ia telah diproses.

"Apabila mencari satu snek manis, coklat gelap mungkin, malah, menjadi pilihan paling sihat anda," kata Suzanne Steinbaum, seorang pakar kardiologi di Lenox Hill Hospital di Manhattan.

Beliau tidak terperanjat dengan penemuan tersebut, sambil menyatakan bahan antioksida tersebut mengekalkan arteri dalam keadaan terbaik dan membantu mencegah penyakit jantung.

Kajian yang dikendalikan oleh Hershey Co. itu, membandingkan serbuk koko dan produk berasaskan serbuk buah dan jus. Koko berada di atas pada skala antioksida di atas serbuk beri biru (blueberry), kranberi dan delima.

Perbezaan antara jus buah delima dan coklat gelap tidak begitu nyata, nyata penyelidik-penyelidik tersebut.

Walaupun begitu, coklat gelap masih melebihi jus-jus lain dalam ujian antioksida itu.

Biji koko boleh dikatakan sebagai satu 'buah adi' dan produk-produk daripada ekstrak biji koko, seperti serbuk koko semulajadi dan coklat gelap, boleh dikatakan sebagai 'makanan hebat,'" kata penyelidik-penyelidik itu.

Coklat gelap lama telah dicanangkan untuk faedah kesihatannya, termasuk merendahkan tekanan darah.

No comments:

Post a Comment