Saturday, May 31, 2014

5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita

Queen Control
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala arahan kamu, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.

Tidak Hormat orang Tua
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau kamu bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika kamu bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.

Gedik
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.

Kaki Kikis
Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia yang beri kamu hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble.

Main Kayu Tiga
Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan member peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali kamu di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof
copy dari https://www.facebook.com/InspiringTouchFaezah

Friday, May 30, 2014

Kenapa Lelaki Curang

Apa yang buat lelaki curang? Itu jugalah pertanyaan yang sering dilemparkan setiap wanita apabila pasangan yang dicintai selama ini beralih arah dan wujud orang ketiga dalam perhubungan kalian. Jika selama ini kita hanya mendengar kisah curang dari sudut pandangan wanita, apa kata lelaki yang melalui sendiri situasi curang ini.

Kurang Kasih Sayang
Teori curang selalunya dikaitkan dengan seks namun hanya segelintir dari mereka yang mengakui ianya berpunca dari nafsu dan selebihnya mencari seseorang yang sudi mengisi kekosongan hati kerana pasangan tidak memberikan perhatian secara emosional kepadanya. Sukar untuk baca bila lelaki perlukan sokongan tetapi anda boleh cuba mulakan budaya memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Rasa Bersalah
Walaupun pernah berjanji tidak akan menduakan anda, lelaki lebih mahir dalam membahagikan perasaan dan menjadi dua orang berbeza dalam situasi di rumah dan situasi di luar. Menurut kaji selidik kebanyakan mereka tidak berniat untuk curang tetapi rasa bersalah yang ada masih belum mencukupi untuk sukakan wanita lain.

Geng Curang
Berkawan dengan rakan lelaki yang juga mata keranjang meningkat kebarangkalian dia juga rasa seolah ia adalah sesuatu yang normal dan perlakuan yang diperakui. Sukar untuk anda menghalang suami untuk tidak lagi berkawan dengannya tetapi cuba pastikan mereka tidak keluar bersama ke acara yang mengundang lebih banyak godaan. Sebaliknya ajak suami hangout dengan pasangan yang bahagia dan punyai nilai seperti yang anda mahukan dalam perhubungan sihat.

Ancaman Sepejabat
Selalunya wanita yang menjadi orang ketiga adalah rakan sekerja yang selalu memuji si dia, sanjung tinggi padanya dan gemar memberi kata semangat atas usahanya. Itulah sebabnya, suami perlu disanjung walaupun di rumah supaya dia rasa dihargai. Ada petanda awal untuk ketahui jika suami mula memandang orang lain apabila dia mula bercerita mengenai rakan sekerja wanita dalam cara yang lebih mesra – anda perlu lebih berjaga-jaga ya!

Bukan Tarikan Fizikal
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, lelaki curang bukan hanya kerana tarikan fizikal semata-mata. Wanita yang menjalinkan hubungan dengannya selalunya bukan lagi cantik atau langsing dari isteri mereka pun. Mereka hanya mahu mengisi ruang kosong yang dibiarkan oleh pasangan. Jadi tak perlu berusaha terlalu keras untuk kurus sebaliknya cuba perbaiki cara kalian berkomunikasi. Sesi intimasi masih penting kerana itulah cara terbaik untuk lelaki curahkan cintanya dan rasa dekat dengan anda.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof

Thursday, May 29, 2014

Masalah Orang Ketiga



Pasti luluh hati mengetahui bilamana lelaki kesayangan anda mempunyai kekasih lain dan anda bukan lagi keutamaan si dia. Ketahui bagaimana menghadapi orang ketiga dengan penuh karisma.

1. Abaikan wanita itu

Kadang kala, apa yang pihak ketiga perlukan hanyalah perhatian semata. Justeru, elak daripada memberi apa yang diingininya. Mengabaikan kehadiran wanita itu juga membuatkan anda lebih tenang dan bisa menjaga maruah anda sebagai wanita.

2. Berterus terang dengan pasangan

Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerana itu, jangan pernah hanya menyalahkan sebelah pihak. Duduk berbincang dengan pasangan dan pastikan dia tahu yang anda tidak senang dengan perihal orang ketiga ini. Diakui sukar untuk mengawal emosi anda kerana dikhianati, namun pertengkaran hanya akan menyebabkan masalah bertambah rumit.

3. Tetapkan tempoh

Jika anda ingin memberi si dia peluang kedua dan meminta dia memutuskan hubungan bersama pihak ketiga itu, tetapkan ‘deadline’. Jangan biar hubungan tiga segi ini berlanjutan kerana ia bisa jadi duri yang lebih tajam dalam hubungan anda dan pasangan. Pasangan anda pasti akan membuat keputusan yang cepat dan betul jika hatinya masih menyayangi anda.

4. Elak drama

Bila hati kecewa dan marah, sukar untuk mengawal perbuatan. Namun, inilah masanya untuk cuba menjadi wanita yang kuat. Jangan sesekali ‘menyerang’ pihak ketiga itu dan menimbulkan kekecohan. Jika tindakan anda mengabaikan wanita itu tidak berjaya dan dia menganggu kehidupan, dapatkan khidmat guaman. Anda perlu juga menegakkan hak sebagai seorang wanita.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof

Wednesday, May 28, 2014

Hidup ni kadang-kadang


Dalam hidup kita, kita selalu impikan sesuatu. tapi malangnya apa yang kita nak tu selalu tak dapat, and apa yang kita tak minta tu yang kita dapat. kan?? kan??


(ini contoh kata-kata yang selalu kita jumpa)


Bila fikir-fikir balik, ada betulnya dan memang itulah yang jadi pada kita setiap hari. tapi kadang-kadang ada juga yang kita harap kita akan dapat. (and perasaan itu hanya Allah yang tahu. betul x?)

Macam tulah kehidupan...... terima dan hadapi dengan tenang dan jangan berhenti SENYUM!

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof

Tuesday, May 27, 2014

Sabar - Pahala Allah Yang Tiada Batas...



Sabar - Pahala Allah Yang Tiada Bata$...


"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala (atas) mereka (dengan) tanpa batas" (Q.S.Az Zumar Ayat 10)


Orang sabar senantiasa didampingi Allah melalui tentara-tentaranya.. melalui Malaikatnya.. ia terlindungi dari perbuatan tercela dan menjerumuskannya.... Orang sabar sentiasa bekerja dengan sungguh2 untuk mencari Wajah Allah SWT tanpa pernah berkeluh kesah.. semangatnya sentiasa membara kerana ia haus akan cinta dan kasihNYA...

Semoga kita menjadikan sabar sebagai bekal kita dalam mengharungi kehidupan kita yang penuh cubaan.. sebagia bekal menghadapi masyarat kita dan tentunya sebagai bekal kita untuk menghadap Allah swt..

In Syaa Allah....

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof

Monday, May 26, 2014

Perkara Yang Elok Dilakukan Sebaik Bangun Pagi

Minum Air
Amalan minum segelas air masak sebaik bangun daripada tidur sebelum menggosok gigi adalah sangat baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Japanese Medical Society, amalan ini mampu memulihkan pelbagai penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Selain itu, ia juga mengekalkan awet muda.

Perkara-Yang-Elok-Dilakukan-Sebaik-Bangun-Pagi-lemondanmadu


Air Lemon Dan Madu
Segelas air lemon suam yang dicampur dengan madu adalah minuman terbaik bagi merawat penyakit sembelit dan menjaga kesihatan usus.

Perkara-Yang-Elok-Dilakukan-Sebaik-Bangun-Pagi-warnaterang


Warna Cerah
Hampir enam hingga lapan jam otak berehat ketika tidur jadi, warna-warna yang cerah mampu merangsang otak pada waktu pagi. Ia juga dapat membantu anda memulakan hari dengan ceria!

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof

Saturday, May 24, 2014

Kehebatan Garam Dalam Kecantikan

Garam kebiasannya digunakan untuk memasak tetapi tahukah anda garam juga sangat berguna dalam dunia kecantikan? Ibarat mendapatkan rawatan di spa, semuanya boleh dilakukan dirumah sahaja.



Skrab Wajah – Campurkan garam dengan minyak zaitun, gosokkan pada wajah. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dari wajah.

Kaki – Rendam kaki dalam air suam yang dicampur dengan garam selama 15 minit. Kemudian gunakan kayu skrab untuk skrab kulit mati pada kaki. Merendam kaki didalam air garam mampu menghindari kaki dari dijangkiti bakteria.

Gigi – Sesekali sesekala, gosok gigi menggunakan campuran garam dan serbuk penaik serta air. Garam akan bertindak sebagai penyah-bakteria manalakala serbuk penaik mampu menghilangkan kotoran pada gigi dan gigi akan jadi putih.

Do’a mohon diberikan keselamatan (dibaca oleh ibu yang sedang hamil)



Do’a mohon diberikan keselamatan (dibaca oleh ibu yang sedang hamil) :

“ Ya Allah jagalah anaku selama ada dalam kandunganku, sembuhkanlah dia (apabila ada penyakitnya), Engkau adalah Dzat yang Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu, kesembuhan yang tidak akan membawa penyakit. Ya Allah jadikanlah anak-anak yang ada dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus (tampan/cantik) dan tetapkanlah di dalam hatinya untuk senantiasa beriman kepadaMu dan RasulMu. Ya Allah keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah anakku, anak yang sehat, sempurna, berakal, cerdas, baik pengetahuan agamanya dan senantiasa mengamalkan ilmunya. Ya Allah berilah anakku umur yang panjang, badan yang sehat, akhlak (budi pekerti) yang luhur, lisan yang fasih serta suara yang bagus untuk membaca Al Qur’an dan Hadits berkat kebaikan Nabi Muhammad SAW. Segala puji hanyalah untuk Allah yang menguasai seluruh alam”.

AMIN...

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof

Friday, May 23, 2014

Pesanan utk diri saya jua.. kerana, adakalanya kita TERLUPA...

Setinggi mana kita terbang...
Seluas mana kita seberang lautan...

JANGAN sekali2 lupa akan asal usul kita.. Ingat asal usul kita... Dimana kita berpijak... JANGAN kerana berCampur orang2 BESAR.. Orang2 yang ada NAMA... Kita jadi GAH lebih dari orang2 besar dan terNama...

Adakalanya... yang terNama.. tersohor.. TAK Begitu GAH... tetapi yang tepi2... TEMPIASnya lebih dari yang GAH!!!...

Pesanan utk diri saya jua.. kerana, adakalanya kita TERLUPA...
Wassalam...

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof