Thursday, May 29, 2014
Masalah Orang Ketiga
Pasti luluh hati mengetahui bilamana lelaki kesayangan anda mempunyai kekasih lain dan anda bukan lagi keutamaan si dia. Ketahui bagaimana menghadapi orang ketiga dengan penuh karisma.
1. Abaikan wanita itu
Kadang kala, apa yang pihak ketiga perlukan hanyalah perhatian semata. Justeru, elak daripada memberi apa yang diingininya. Mengabaikan kehadiran wanita itu juga membuatkan anda lebih tenang dan bisa menjaga maruah anda sebagai wanita.
2. Berterus terang dengan pasangan
Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerana itu, jangan pernah hanya menyalahkan sebelah pihak. Duduk berbincang dengan pasangan dan pastikan dia tahu yang anda tidak senang dengan perihal orang ketiga ini. Diakui sukar untuk mengawal emosi anda kerana dikhianati, namun pertengkaran hanya akan menyebabkan masalah bertambah rumit.
3. Tetapkan tempoh
Jika anda ingin memberi si dia peluang kedua dan meminta dia memutuskan hubungan bersama pihak ketiga itu, tetapkan ‘deadline’. Jangan biar hubungan tiga segi ini berlanjutan kerana ia bisa jadi duri yang lebih tajam dalam hubungan anda dan pasangan. Pasangan anda pasti akan membuat keputusan yang cepat dan betul jika hatinya masih menyayangi anda.
4. Elak drama
Bila hati kecewa dan marah, sukar untuk mengawal perbuatan. Namun, inilah masanya untuk cuba menjadi wanita yang kuat. Jangan sesekali ‘menyerang’ pihak ketiga itu dan menimbulkan kekecohan. Jika tindakan anda mengabaikan wanita itu tidak berjaya dan dia menganggu kehidupan, dapatkan khidmat guaman. Anda perlu juga menegakkan hak sebagai seorang wanita.
~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment