Showing posts with label #rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label #rumahtangga. Show all posts

Saturday, May 31, 2014

5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita

Queen Control
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala arahan kamu, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.

Tidak Hormat orang Tua
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau kamu bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika kamu bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.

Gedik
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.

Kaki Kikis
Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia yang beri kamu hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble.

Main Kayu Tiga
Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan member peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali kamu di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof
copy dari https://www.facebook.com/InspiringTouchFaezah

Friday, May 30, 2014

Kenapa Lelaki Curang

Apa yang buat lelaki curang? Itu jugalah pertanyaan yang sering dilemparkan setiap wanita apabila pasangan yang dicintai selama ini beralih arah dan wujud orang ketiga dalam perhubungan kalian. Jika selama ini kita hanya mendengar kisah curang dari sudut pandangan wanita, apa kata lelaki yang melalui sendiri situasi curang ini.

Kurang Kasih Sayang
Teori curang selalunya dikaitkan dengan seks namun hanya segelintir dari mereka yang mengakui ianya berpunca dari nafsu dan selebihnya mencari seseorang yang sudi mengisi kekosongan hati kerana pasangan tidak memberikan perhatian secara emosional kepadanya. Sukar untuk baca bila lelaki perlukan sokongan tetapi anda boleh cuba mulakan budaya memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Rasa Bersalah
Walaupun pernah berjanji tidak akan menduakan anda, lelaki lebih mahir dalam membahagikan perasaan dan menjadi dua orang berbeza dalam situasi di rumah dan situasi di luar. Menurut kaji selidik kebanyakan mereka tidak berniat untuk curang tetapi rasa bersalah yang ada masih belum mencukupi untuk sukakan wanita lain.

Geng Curang
Berkawan dengan rakan lelaki yang juga mata keranjang meningkat kebarangkalian dia juga rasa seolah ia adalah sesuatu yang normal dan perlakuan yang diperakui. Sukar untuk anda menghalang suami untuk tidak lagi berkawan dengannya tetapi cuba pastikan mereka tidak keluar bersama ke acara yang mengundang lebih banyak godaan. Sebaliknya ajak suami hangout dengan pasangan yang bahagia dan punyai nilai seperti yang anda mahukan dalam perhubungan sihat.

Ancaman Sepejabat
Selalunya wanita yang menjadi orang ketiga adalah rakan sekerja yang selalu memuji si dia, sanjung tinggi padanya dan gemar memberi kata semangat atas usahanya. Itulah sebabnya, suami perlu disanjung walaupun di rumah supaya dia rasa dihargai. Ada petanda awal untuk ketahui jika suami mula memandang orang lain apabila dia mula bercerita mengenai rakan sekerja wanita dalam cara yang lebih mesra – anda perlu lebih berjaga-jaga ya!

Bukan Tarikan Fizikal
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, lelaki curang bukan hanya kerana tarikan fizikal semata-mata. Wanita yang menjalinkan hubungan dengannya selalunya bukan lagi cantik atau langsing dari isteri mereka pun. Mereka hanya mahu mengisi ruang kosong yang dibiarkan oleh pasangan. Jadi tak perlu berusaha terlalu keras untuk kurus sebaliknya cuba perbaiki cara kalian berkomunikasi. Sesi intimasi masih penting kerana itulah cara terbaik untuk lelaki curahkan cintanya dan rasa dekat dengan anda.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof

Thursday, May 29, 2014

Masalah Orang Ketiga



Pasti luluh hati mengetahui bilamana lelaki kesayangan anda mempunyai kekasih lain dan anda bukan lagi keutamaan si dia. Ketahui bagaimana menghadapi orang ketiga dengan penuh karisma.

1. Abaikan wanita itu

Kadang kala, apa yang pihak ketiga perlukan hanyalah perhatian semata. Justeru, elak daripada memberi apa yang diingininya. Mengabaikan kehadiran wanita itu juga membuatkan anda lebih tenang dan bisa menjaga maruah anda sebagai wanita.

2. Berterus terang dengan pasangan

Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerana itu, jangan pernah hanya menyalahkan sebelah pihak. Duduk berbincang dengan pasangan dan pastikan dia tahu yang anda tidak senang dengan perihal orang ketiga ini. Diakui sukar untuk mengawal emosi anda kerana dikhianati, namun pertengkaran hanya akan menyebabkan masalah bertambah rumit.

3. Tetapkan tempoh

Jika anda ingin memberi si dia peluang kedua dan meminta dia memutuskan hubungan bersama pihak ketiga itu, tetapkan ‘deadline’. Jangan biar hubungan tiga segi ini berlanjutan kerana ia bisa jadi duri yang lebih tajam dalam hubungan anda dan pasangan. Pasangan anda pasti akan membuat keputusan yang cepat dan betul jika hatinya masih menyayangi anda.

4. Elak drama

Bila hati kecewa dan marah, sukar untuk mengawal perbuatan. Namun, inilah masanya untuk cuba menjadi wanita yang kuat. Jangan sesekali ‘menyerang’ pihak ketiga itu dan menimbulkan kekecohan. Jika tindakan anda mengabaikan wanita itu tidak berjaya dan dia menganggu kehidupan, dapatkan khidmat guaman. Anda perlu juga menegakkan hak sebagai seorang wanita.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof