Wednesday, September 25, 2013

Sombong atau Takbur (takabbur)

SOMBONG atau TAKABBUR adalah Sifat hati yang terkeji (madzmumi) dan merupakan salah satu daripada penyakit hati yang membawa akibat kebinasaan diri...

Sifat takbur itu yang dapat dikesan daripada tutur bicara 
dan perlakuan zahir itu berpunca daripada lintasan hati 
yang mengandungi rasa tinggi atau besar diri di samping merendahkan mertabat orang lain 
atau menolak kebenaran...

Biasanya faktor yang menimbulkan rasa takabbur di hati seseorang itu 
ialah sesuatu kelebihan atau keistimewaan yang dimilikinya.... 
Dan banyak faktor-faktornya lagi.. 
Antaranya sebagaimana yang disenaraikan oleh Imam al-Ghazali, iaitu : 

1)Ilmu 
2)Ibadah
3)Keturunan 
4)Kekuasaan / kekuatan dan ramai pengikut / kaum keluarga...
5)Kejelitaan atau ketampanan rupa paras
6)Kekayaan harta benda...

Demikianlah... memang jelas sekali... sebagaiman yang telah pun berlaku.... 

>>Iblis menjadi takabbur kerana faktor keturunannya (asal kejadiannya)...
>>Fir'aun kerana kekuaasaannya dan Qarun kerana hartanya...

Jadi... sesiapa yang memiliki kelebihan atau keistimewaan dalam hal-hal yang tersebut...

hendaklah berhati-hati agar tidak terhanyut di lautan ghaflah atau menjadi lupa daratan sehingga hatinya dihinggapi penyakit takabbur....

Wallahu A'lam.

Ya Allah... jauhi kami dr sifat ini...

No comments:

Post a Comment