Showing posts with label #Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label #Kesihatan. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Ternyata Tomato Dapat Membuat Anda Semakin Cantik

Tomato tidak hanya terkenal dengan kesegarannya, tetapi buah yang sering ada di dapur Anda ini ternyata boleh membuat Anda cantik tau.

 Tomato mengandung lycopene yang merupakan sumber anti oksidan. Lycopene membantu membuat kulit Anda bersih dan sihat. Selain itu, lycopene dapat melindungi kulit Anda dari radiasi sinar matahari.

Terlebih dari itu Sis, tomato juga dapat mengurangi jerawat dan penuaan kulit secara semulajadi. Banyak juga ya manfaatnya? Seperti yang dinyatakan dari boldsky.com, konsumsi 200 gram tomato masak setiap hari dapat membantu Anda tampak lebih muda. Masih ada lagi ni Sis manfaat tomato. Lycopene ini ternyata boleh mencegah risiko kanseer kulit. Wowwwwkan...

Manfaat2nya adalah berikut.
Menutup pori
Pori-pori yang terbuka pada kulit dapat menyebabkan kotoran atau debu mudah masuk. Kotoran yang terus merusan menumpuk pada kulit Anda dapat menyebabkan infeksi. Jangan bimbang, tomato dapat mengatasinya Sis. Ambil 1 sudu makan jus tomat segar, tambahkan 2-3 titis jus lemon. Sapukan campuran ini ke wajah Anda yang sekiranya pori2 nampak jelas terbuka. Urutlah dengan gerakan memutar. Biarkan beberapa minit hingga mengering, lalu bilas dengan air sejuk.
Mengubati jerawat
Tomato banyak mengandung vitamin A dan C yang sangat membantu untuk mengubati jerawat. Jika wajah Anda berjerawat, caranya mudah. Potong tomato menjadi 2 bagian, kisarkan. Sapukan tomato yang sudah dikisar itu pada wajah Anda. Biarkan selama 1 jam, lalu bilaslah dengan air sejuk. Lakukan secara teratur yer Sis untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Gunakan sebagai penyegar(toner)
Campurkan jus timun dan tomato dengan sukatan yang sama. Gunakan campuran ini secara teratur. Timun dan tomato adalah campuran terbaik untuk mengawal minyak pada wajah Anda.
Menghapus jerawat (white/blackheads)
Jerawat nie pasti sangat kurang menyenangkan kan Sis. Gunakan campuran tomat dan avocado. Campuran ini dapat membantu membersihkan dan melembutkan wajah. Jangan lupa untuk digunakan secara teratur ya Sis.
Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet
Seperti yang tadi sudah disebutkan bahwa tomato dapat melindungi kulit dari radiasi jahat matahari. Ambil setengah buah tomato, kisarkan dan campur 2 ssdu yogurt dan usapkan pada bagian tubuh yang terkena radiasi matahari. Diamkan selama satu setengah jam. Ini merupakan cara terbaik untuk melindungi kulit dari radiasi ultraviolet.
Tunggu apalagi Sis? Ambil tomato dari petisejuk Anda dan pilih perawatan yang Anda perlukan....

Selamat mencuba....

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof
copy dari https://www.facebook.com/InspiringTouchFaezah

Tuesday, June 3, 2014

Remedi Mudah Untuk Tidur

Sukar untuk tidur? Bukan anda seorang malah ramai antara kita yang semakin hari semakin sukar untuk melelapkan mata setiap malam. Antara faktor yang menyebabkan mata masih segar lewat malam dan terbawa ke awal pagi adalah kerana minda yang masih aktif berfikir, budaya pemakanan lewat malam dan terlalu asyik dengan media elektronik. Selain itu, faktor psikologi seperti stres tentunya menyumbang banyak kepada masalah insomnia.

Jangan ambil ringan masalah tidak cukup tidur kerana ia boleh menyumbang kepada masalah kekurangan imuniti, mempertingkat kebarangkalian kencing manis, penyakit jantung dan juga lebih mudah naik berat badan. EH! kongsi beberapa remedi untuk anda cuba tenangkan minda dan dapatkan tidur yang secukup, 8 jam setiap malam!

Relaks di Kerusi Malas
Seperti bayi yang lebih mudah tidur dalam buai, anda juga boleh mimik situasi itu dengan merehatkan tubuh dengan gerakan kerusi malas. Jadi cuba rehat dengan hayunan kerusi malas sebelum masuk tidur.

Switch-Off Sejam Sebelum
Tidur bukan semudah petik suis, tubuh perlu masa untuk “turun” ke paras rehat untuk mula masuk zon mengantuk. Jadi anda harus pastikan semua kerja dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum masuk tidur, 20 minit lagi untuk bersiap untuk tidur (gosok gigi, bersihkan diri, tukar pakaian) dan 20 minit lagi baring atas katil dan tenangkan minda dengan mendengar ritma nafas dan keluarkan segala pemikiran negatif.

Minuman Beradu
Jus ceri dikatakan boleh membantu anda untuk mudah tidur kerana ia kaya dengan melatonin, hormon yang mengawal kitaran bangun tidur tubuh. Juga ada kajian yang menunjukkan susu juga boleh membantu kerana ia mengandungi tryptophan untuk anda lena seperti bayi selepas menyusu juga.

Senaman Ringan
Cuba gerakan ringkas seperti regangan ala yoga kerana tujuannya adalah untuk merehatkan tubuh bukan meningkatkan kadar degupan jantung.

Rutin Kelas Aerobik
Ada kajian yang menunjukkan wanita yang bersenamrobik pada waktu siang lebih mudah dan lena tidur kerana telah mengeluarkan peluh dan tenaga untuk tubuh secara otomatik masuk ke fasa rehat sebaik pulang ke rumah.

Usah Tidur Awal
Untuk imbang semula masa tidur anda mahu tidur jauh lebih awal tetapi situasi ini akan membuat momentum tidur lebih terganggung. Sebaliknya cuba tidur pada waktu yang sepatutnya secara rutin kerana tubuh dan minda ada corak tidurnya. Jika anda tidur terlalu awal, minda akan lebih celaru.

Tidur Lebih di Hari Minggu
Tidak bermakna anda cuti anda boleh tidur sebanyak mungkin untuk imbangi kekurangan tidur pada hari biasa, sebaliknya cuba tidur sedikit awal kira-kira 15 minit untuk berdikit-dikit capai waktu tidur secukupnya.

Turunkan Suhu

Sama ada anda ada penghawa dingin atau hanya gunakan kipas, pastikan bilik tidur dingin serta berangin supaya minda lebih tenang untuk lena.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof
Diambil dari

https://www.facebook.com/InspiringTouchFaezah