Thursday, November 28, 2013

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW Bahagian Sebelum tidur Part 2

Assalamu'alaiku m Warahmatullahi Wabarakatuh

Untaian Rasa Syukur Hanya ILLAHI RABBI,
Alhamdulillah,di pagi ini bersambung lagilah rungkaian semalam...

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW Bahagian Sebelum tidur Part 2

5. Dianjurkan juga membaca ayat Kursi, membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah atau membaca surat Ali ‘Imran ayat 190-200. (Hadis Riwayat Bukhari).

6. Membaca Surah al-Kaafirun sebelum tidur.
"Sabda Nabi SAW didalam hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:

"Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaafirun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik."

7. Jangan tidur menghadap kaki arah kiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. Berbaringlah disisi kanan.

Sabda Nabi SAW : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Dan dalam hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah r.a. katanya:"Sesung guhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ

Maksudnya:"Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu."

8. Membaca Tasbih Fatimah. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada Nabi SAW seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Nabi SAW :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Hadis Riwayat Muslim)



** Mohon keikhlasannya Untuk mema'afkan jika ada salah&qilaf ,, Dan juga tidak bermaksud memandai2 kerana yang menguraikan juga tdk lebih dari yang membaca.

Semoga Bermanfa'at
SELAMAT MENGAMALKAN

Jom Share dan like Page ini..>>https://www.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah

No comments:

Post a Comment