Wednesday, November 27, 2013

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW Bahagian Sebelum tidur Part 1

Assalamu'alaiku m Warahmatullahi Wabarakatuh

Untaian Rasa Syukur Hanya ILLAHI RABBI,
Sang penguasa Alam semesta yang merupakan sumber dari segala sumber Cinta yang tak terhingga,,
Sehingga dunia ini penuh cinta dan kasih sayang,

Shalawat dan Salam Kerinduan, tak luput Terangkum kepada Teladan Cinta sepanjang Zaman yang tak ada bandingnya,
Teladan yang dicontohkan seorang manusia Sempurna , Dialah RASULLULLAH SAW.

 Sahabat yang dirahmati Allah,
"Tidur dan bangun sebenarnya adalah perkara yang sangat penting, kerana ia adalah pemula kepada kehidupan seharian. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah SAW, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah SWT hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang amalkan sunah sangat besar.

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi Guru sepanjang zaman dan teladan serta ikutan terbaik seluruh insan. Didikannya terperinci sehingga bab tidur pun turut ada adabnya.. Benarlah baginda suatu contoh ikutan sehingga akhir zaman.

"Sepanjang Minggu Ini Sis akan Merungkai Antara sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur:

Pertama : Sebelum Tidur.

1. Tidur dengan berwuduk terlebih dahulu.

"Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Sabda Nabi SAW didalam hadis riwayat Ibnu Hibban:"Barangs iapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci."

2. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk.

Dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata: “Rasulullah tidak akan tidur hingga baginda membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

3. Rasulullah SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering menganggu manusia ketika tidur. Oleh itu, umat Islam adalah dianjurkan supaya mengamalkan Solat Witir setiap kali sebelum tidur. (Hadis Riwayat Bukhari).

4. Nabi SAW memberi peringatan agar mengibas atau membersih tempat tidur kita sebanyak 3 kali. Ini berdasarkan hadis:

"Nabi SAW bersabda maksudnya ,"Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tempat tidurnya, lalu hendak tidur lagi di atasnya, hendaklah ia terlebih dahulu membersihkannya dengan sarungnya tiga kali. Sebab, ia tidak tahu secara pasti apa yang terjadi di atasnya sesudah dia tinggalkan."(Mu ttafaq alaih)

"Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda : ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ,"Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu jua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.)

"Menurut sebuah hadis yang lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:"Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah bagaikan kamu hendak Solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini :"Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan mengadapkan wajah ku pada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan."dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu sebelum tidur)."


** Mohon keikhlasannya Untuk mema'afkan jika ada salah&qilaf ,, Dan juga tidak bermaksud memandai2 kerana yang menguraikan juga tidak lebih dari yang membaca.

Semoga Bermanfa'at
SELAMAT MENGAMALKAN

Jom Share dan like Page ini..>>https://www.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah

No comments:

Post a Comment