Monday, June 2, 2014

Tip Bangun Awal & Bersenam!

Memanglah sukar untuk kita amalkan rutin awal pagi kerana setiap hari pulang kerja pun sudah lewat dan ada juga hingga terbabas ke hujung malam. Masakan ada masa untuk bersenam pula kerana sejurus bangun perlu bersiap dan memandu dalam trafik sesak ke tempat kerja dan sarapan pun entah ke mana.

Sis, faham kesukaran anda itu dan ingin mencadangkan beberapa cara yang mungkin boleh anda cuba untuk mulakan rutin sihat kembali dalam gaya hidup anda. Jom mulakan dengan bangun awal pagi dan curi sedikit masa untuk bersenam!

Tidur Awal
Jangan minum minuman berkandungan kafein ketika makan malam kerana ia akan mengganggu kitaran tidur anda. Pastikan juga semua alatan atau gajet elektronik ditutup sejam sebelum masuk tidur.

Bersiap Untuk Esok
Malam sebelumnya, padankan pakaian kerja untuk, cas bateri tablet dan gajet lain serta letak sebelah item yang ingin anda bawa bersama ke tempat kereja esok termasuk bekal makan dan minuman yang disediakan dan disimpan dalam peti sejuk.

Penggera Jauh Dari Anda
Anda akan rasa lebih “terjaga” sekiranya perlu berjalan untuk menutup butang penggera daripada menekannya dengan hanya capaian tangan. Sukar untuk rasa mengantuk lagi apabila jam loceng diletakkan di bilik sebelah bukan?

Lagu Baru
Ketika nak mula bersenam, cuba update lagu-lagu terkini untuk tingkatkan keterujaan anda melakukan aktiviti sambil menikmati lagu segar. Saat anda memuat turun lagu-lagu ini secara tidak langsung akan rasa bersemangat untuk pergi ke gim juga.

Janji Temu
Bukan berdating tetapi anda akan rasa lebih komited sekiranya berjanji dengan seseorang seperti teman gim atau jurulatih kerana kebarangkalian untuk anda ponteng lebih tipis.

Terus Teruja
Jangan lakukan senaman yang anda tak suka. Jika tidak suka berlari, anda boleh memilih untuk mengkuti kelas aerobik atau zumba. Apa saja yang buatkan anda seronok adalah senaman yang harus dijadikan rutin daripada anda rasa bosan dan meninggalkan aktiviti sihat sekaligus.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof

No comments:

Post a Comment