Saturday, September 13, 2014

Sebab-sebab Untuk Makan Buah

Sering kali kita dengar mengenai pengambilan buah-buahan yang sememangnya baik untuk kesihatan kerana khasiat dan vitamin yang terkandung di dalamnya. Tetapi jika anda ingin tahu dengan lebih terperinci “tugas” setiap buah yang menjadi kegemaran itu, EH! senaraikannya di bawah ini dan jangan lupa sertakan buah-buahan dalam menu anda setiap hari!


Ceri - membantu menenangkan keresahan

Anggur - merehatkan saluran darah

Pic - kaya dengan potasium, florida dan zat besi

Epal - membantu badan bina daya tahan daripada jangkitan

Tembikai - membantu mengawal degupan jantung

Limau - membantu mengekalkan kulit cantik dan deria lihat

Strawberi - dikatakan boleh membantu melawan barah dan kesan penuaan

Pisang - bagus untuk atlet kerana ia membekalkan tenaga

Nanas - membantu melawan atritis

Blueberry - melindungi jantung

Kiwi - meningkatkan kekuatan tulang

Mangga - melindungi daripada ancaman beberapa jenis kanser

No comments:

Post a Comment