Berlakulah sederhana pada sesiapa juga, hingga orang di bawah kita akan menghargai orang yang di atas kita menyenangi.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Saturday, September 20, 2014
Friday, September 19, 2014
Sesuatu pekerjaan yang dicapai dengan bersusah payah itu lebih nikmat hasilnya daripada sesuatu hasil yang diperolehi dengan mudah.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Thursday, September 18, 2014
Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa, walaupun adakalanya yang diusahakan itu gagal.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Wednesday, September 17, 2014
Lari dari musuh, kenapa tidak kejar musuh. Lari dari kawan, kenapa tidak mendekati kawan. Lari dari kenyataan, kenapa tidak kejar kenyataan.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tuesday, September 16, 2014
Kalahkanlah musuhmu dengan perkataan yang lemah lembut, kerana perkataan yang lemah lembut adalah anak kunci hati manusia. Kemarahan dan kekasaran tidak akan membawa kepada kemenangan.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Monday, September 15, 2014
Merangkak tetapi sampai lebih baik dari berlari tetapi putus di jalan.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Sunday, September 14, 2014
Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya, dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Saturday, September 13, 2014
Sebab-sebab Untuk Makan Buah
Sering kali kita dengar mengenai pengambilan buah-buahan yang sememangnya baik untuk kesihatan kerana khasiat dan vitamin yang terkandung di dalamnya. Tetapi jika anda ingin tahu dengan lebih terperinci “tugas” setiap buah yang menjadi kegemaran itu, EH! senaraikannya di bawah ini dan jangan lupa sertakan buah-buahan dalam menu anda setiap hari!
Ceri - membantu menenangkan keresahan
Anggur - merehatkan saluran darah
Pic - kaya dengan potasium, florida dan zat besi
Epal - membantu badan bina daya tahan daripada jangkitan
Tembikai - membantu mengawal degupan jantung
Limau - membantu mengekalkan kulit cantik dan deria lihat
Strawberi - dikatakan boleh membantu melawan barah dan kesan penuaan
Pisang - bagus untuk atlet kerana ia membekalkan tenaga
Nanas - membantu melawan atritis
Blueberry - melindungi jantung
Kiwi - meningkatkan kekuatan tulang
Mangga - melindungi daripada ancaman beberapa jenis kanser
Friday, September 12, 2014
Hakikat Doa ,bahagian 3 (sambungan)
Doa telah pun mustajab tapi kita lupa
Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar. Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
Semoga bermanfaat, InshaAllah. Wassalam
Credit artikel: Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Thursday, September 11, 2014
Hakikat Doa,Bahagian 3
Menanti dan Kembali
Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
Semoga bermanfaat, InshaAllah. Wassalam
Credit artikel: Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Wednesday, September 10, 2014
Hakikat Doa,bahagian2 (sambungan)
Doa muncul dalam pelbagai cara, rupa dan warna
Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia. Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w : « “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
Semoga bermanfaat, InshaAllah. Wassalam
Credit artikel: Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Tuesday, September 9, 2014
Hakikat Doa,Bahagian 2
Pabila tiba waktunya
Waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w : « Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).
Monday, September 8, 2014
Hakikat Doa ,bahagian 1 (sambungan)
Di sini saya kongsikan himpunan tulisan Dr MAZA dari facebooknya berkaitan doa. Semoga sentiasa menjadi peringatan kepada saya, dan kepada anda semua yang membacanya.
Doa dengan kerendahan jiwa
Doa adalah pemohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya. Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya) “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55). Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
Semoga bermanfaat, InshaAllah. Wassalam
Credit artikel: Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Sunday, September 7, 2014
Hakikat Doa,Bahagian 1..
Manusia, sering berdoa untuk memperoleh apa yang dihajati – tidak ketinggalan juga saya. Saya berdoa dan berharap tanpa putus asa, disamping usaha yang tidak putus. Saya selalu yakin, suatu hari nanti Allah akan makbulkan jua doa saya. Lambat atau cepat. Allah pasti akan berikannya satu hari nanti. Namun akhir-akhir ini, saya sering kali kalah dengan diri saya sendiri. Saya sudah mula putus asa. Seringkali apa yang saya hajati, hampir sahaja saya dapatkan – tetapi terlepas dari genggaman saya disaat akhir. Saya mula mempersoalkan. Bagaikan Tuhan sengaja mempermainkan saya. Macam nak bagi, tetapi di saat-saat akhir menariknya kembali.
Lama kelamaan saya tersedar kembali. Astaghfirullah.. Moga Allah ampunkan dosa saya. Apa salahnya Allah mahu menguji saya. Dia yang Maha Kuasa, Dia yang Maha Memberi. Siapa saya mempersoalkan kurniaan-Nya. Sedikit yang saya minta, tetapi belum lagi Dia Makbulkan. Sedangkan banyak lagi yang saya tidak minta, tetapi nikmatnya tidak putus-putus diberikan.
Astaghfirullah tipisnya iman saya. Lebih tipis dari yang saya sangka. Astaghfirullah betapa berdosanya saya menjadi orang yang tidak bersyukur. Lebih kufur nikmat dari yang saya sendiri sangka.
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.“(Surah Al-Baqarah:152)“Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur.” (Surah Al-Mukminun:78)
Malu, kan? Terasa tertampar di muka.
Saturday, September 6, 2014
Apabila berlaku perselisihan dalam perkahwinan lakukan ia dalam kelembutan.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Friday, September 5, 2014
Apabila kita sudah sanggup berkahwin, itu adalah bukti cinta sebenar sebab perkahwinan bukan semestinya menjanjikan kebahagiaan atau kesenangan, kadang-kadang ia adalah mukaddimah pada kesusahan.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Thursday, September 4, 2014
Untuk sentiasa kelihatan anggun, usahakanlah merawat wajah dan merapi diri, namun usah terlalu fanatik pada kecantikan diri sebab ia kerap boleh memesongkan anda daripada realiti...
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Wednesday, September 3, 2014
Seseorang wanita itu apabila dilihat terasa hati menjadi senang dan lapang, itulah anggun, tetapi seseorang wanita apabila dilihat hingga seolah-olah terhenti dengupan jantung oleh sebab teramat jelitanya, dia mungkin berbahaya...
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tuesday, September 2, 2014
Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci...
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Subscribe to:
Posts (Atom)