Monday, December 2, 2013

"Antara sunnah-sunnah Nabi SAW,Bahagian Selepas Tidur Part 1

Assalamu'alaiku m Warahmatullahi Wabarakatuh

Untaian Rasa Syukur Hanya ILLAHI RABBI,
Semoga Kebangkitan Hari Ini Menjadi Kemulian untuk hari2 seterusnya

Ketiga : Selepas Tidur

1. Bangun daripada tidur.

"Terdapat juga suatu Hadis lain dimana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:"Syai tan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang diantara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila ia berwuduk maka akan terbuka ikatan kedua. Apabila ia Solat , maka akan terlepaslah semua ikatannya. Ia akan merasa sesuatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak ia akan merasa malas dan kekusutan hati". (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

2. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan.

"Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

"Daripada Ibn ‘Abbas r.a. katanya yang bermaksud , “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Membaca doa sesudah bangun dari tidur:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya :"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit"

Membuka ikatan syaitan pertama.

4. Membersihkan mulut dengan bersiwak (bersugi)

"Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

** Mohon keikhlasannya Untuk mema'afkan jika ada salah&qilaf ,, Dan juga tidak bermaksud memandai2 kerana yang menguraikan juga tdk lebih dari yang membaca.

Semoga Bermanfa'at
SELAMAT MENGAMALKAN

Jom Share dan like Page ini..>>https://www.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah

No comments:

Post a Comment