Wednesday, July 3, 2013

JANGAN MINUM UBAT DENGAN MINUMAN DI BAWAH INI !!

----> JANGAN MINUM UBAT DENGAN MINUMAN DI BAWAH INI !!

Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian, yer....Untuk manfaat semua...


Minuman memang penting bagi tubuh. Sayangnya, beberapa jenis minuman justru menimbulkan reaksi merugikan jika digandingkan dengan Ubat. Berikut ini beberapa jenis minuman yang sebaiknya Anda hindari saat minum ubat.

1. Jus grapefruit
Jus grapefruit mengganggu kinerja terhadap lebih dari 50 obat, termasuk statin dan obat untuk tekanan darah tinggi. Sejumlah senyawa organik, yang diidentifikasi sebagai turunan furanokumarin dapat mengganggu hati dan menyerap enzim sitokrom P450 isoform CYP3A4 di dinding usus kecil. Penelitian dari University of Western Ontario juga menunjukkan bahwa jus grapefruit meningkatkan absorpsi (penyerapan) obat-obatan tertentu serta mengubah dosis normal menjadi dosis berlebihan.
2. Jus delima
Enzim yang ditemukan dalam jus delima dapat memecah kandungan ubat tekanan darah. Jus delima juga boleh memperlambat kecepatan hati untuk memecah pengencer darah dan pada ubat antidepresan boleh menyebabkan penurunan efek ubat.

3. Produk susu/tenusu
Susu akan mengurangi penyerapan antibiotik dalam tubuh dan menghambat penyerapan komponen tertentu dalam ubat, seperti zat besi. Kalsium dalam susu juga dapat menganggu efektivitas ubat tiroid dan dapat mengikat ubat atau antibiotik sehingga mencegah penyerapan ubat dalam tubuh. Tunggu minimal 4 jam setelah minum ubat untuk minum minuman yang kaya kalsium tersebut.

4. Kafein (termasuk kopi, teh hijau, dan minuman berenergi)
Kafein dapat menimbulkan ancaman kesehatan yang serius jika diminum dengan stimulan. Hindari meminum kopi saat sedang mengonsumsi efedrin (penekan nafsu makan), ubat asma dan amfetamin. Beri jarak 2-3 jam setelah minum ubat, baru minum kopi.
5. Minuman isotonik
Kalium dalam minuman ini dapat berbahaya bila digabungkan dengan ubat untuk penyakit gagal jantung atau ubat-ubatan hipertensi. Hindari pisang juga, karena pisang juga sangat kaya akan kalium.

6. Wine
Meneguk segelas anggur saat minum ubat antidepresan boleh menyebabkan hipertensi, sakit kepala, detak jantung cepat dan stroke. Hal ini juga berlaku pada minuman berenergi.
7. Teh hijau
Teh hijau mengandung sedikit vitamin K yang dapat mengurangi efek dari ubat-ubatan seperti kumarin atau warfarin (mencegah pembekuan darah).
...... ..Pernahkah Anda mencobanya??
Jika pernah jangan di lakukan lagi yer.., semoga manfaat (^^)

Tuesday, July 2, 2013

Antara khasiat coklat yang kita tak tahu.


Antara khasiat coklat yang kita tak tahu

.
Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi.
Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. 
Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Coklat ni memang kaya dengan antioxidant. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda seketika sewaktu..

**Info sihat**



Coklat gelap

Coklat gelap dan koko mempunyai lebih banyak kandungan antioksida daripada jus buah, menurut satu kajian yang dikeluarkan dalam Chemistry Central Journal.

Produk-produk coklat juga mempunyai lebih banyak polifenol dan flavanol yang baik untuk jantung, kajian tersebut dapati. Berita baik ini tidak termasuk minuman koko panas, yang mana ia telah diproses.

"Apabila mencari satu snek manis, coklat gelap mungkin, malah, menjadi pilihan paling sihat anda," kata Suzanne Steinbaum, seorang pakar kardiologi di Lenox Hill Hospital di Manhattan.

Beliau tidak terperanjat dengan penemuan tersebut, sambil menyatakan bahan antioksida tersebut mengekalkan arteri dalam keadaan terbaik dan membantu mencegah penyakit jantung.

Kajian yang dikendalikan oleh Hershey Co. itu, membandingkan serbuk koko dan produk berasaskan serbuk buah dan jus. Koko berada di atas pada skala antioksida di atas serbuk beri biru (blueberry), kranberi dan delima.

Perbezaan antara jus buah delima dan coklat gelap tidak begitu nyata, nyata penyelidik-penyelidik tersebut.

Walaupun begitu, coklat gelap masih melebihi jus-jus lain dalam ujian antioksida itu.

Biji koko boleh dikatakan sebagai satu 'buah adi' dan produk-produk daripada ekstrak biji koko, seperti serbuk koko semulajadi dan coklat gelap, boleh dikatakan sebagai 'makanan hebat,'" kata penyelidik-penyelidik itu.

Coklat gelap lama telah dicanangkan untuk faedah kesihatannya, termasuk merendahkan tekanan darah.

Tips Petua Orang Dulu2.Pagi Ini..:Masalah Sembelit Kanak-Kanak

Assalamualaikum...Wardah Inspiring Skincare
Salam Ukhuwah..

Tips Petua Orang Dulu2.Pagi Ini..:Masalah Sembelit Kanak-Kanak

Semalam ada seorang ibu meminta petua untuk Masalah Sembelit Kanak-Kanak..
Biasalah seorang ibu pasti mengambil berat terhadap ttg kesihatan anak2 mereka..
Setengah anak kecil berusia 1 hingga 6 tahun diserang sembelit dan sukar buang air besar.Perutnya membesar,keras dan panas..
Jika berlaku demikian,untuk melegakan nya sebelum dapat menemui Doktor...boleh guna petua ini...

Ambil 7 helai Daun Jarak 
yang masih muda (Daunnya seakan2 Daun Betik).

Sapukan kesemua daun jarak itu dgn minyak kelapa.
Selawat 3 kali, kemudian letakkan diatas perut si anak yang sedang berbaring..
In Syaa Allah,tidak lama kemudian si anak akan terkentut dan dapat buang air besar...

#Wardah #Skincare #MUA #Lipstick #Eyeshadows #2WayCakes#Foundation #CompactPowder #Halal
#Cosmetic #Organic #Beauty #MakeUp #Kosmetik

Monday, July 1, 2013

Tips Pagi ini:Menjaga Kulit Muka Untuk Kaum Adam...


Salam Ukhuwah..semua. 
Apa kabarnya nih pagi ini, semoga kita selalu baik2 dan 
selalu dibawah perlindungan Allah SWT.... 
Amin. 
Jom kita mulakan hari ini dgn Bismillah....

Tips Pagi ini:

Menjaga Kulit Muka Untuk Kaum Adam...

**Hehe,asyik perihal kaum Hawa jer kan..Jadi pagi ini untuk kaum 
Adam pula yer..
Ukhti tag/share ker suami masing2 semua yer..Untuk kita juga kan...

Lelaki yang mengambil berat ttg kebersihan pasti ingin tahu apa yang perlu dalam penjagaan seharian.Penjagaan lelaki ni lebih ringkas kerna biasanya wanita lebih rajin kot...("P)

1)Susu pembersih.
Susu pembersih paling bagus untuk langkah pertama penjagaan kulit..
Caranya:Ratakan ke seluruh wajah dr leher ke atas muka,kemudian bersihkan dengan kapas..

2)Pencuci Buih.
Sabun buih yang berubat(acne) bagi yang kulit bermasalah atau pilih yang biasa(Basic/Lightening) untuk kulit biasa..
Caranya:Letakkan di tapak tangan dengan sedikit air..Gosok biar berbuih dan gosokkan buih itu ke muka untuh beberapa minit..Dan bilas..

3)Skrub.
Lakukan seminggu sekali pun dan memadai..
Caranya:Gosokkan scrub yang berbutiran halus itu di wajah dan sental secara perlahan seketika ke seluruh wajah..Elakkan kawasan mata yer,kerna situ kulit nipis.Kemudian Bilas.

4)Masker.
Sama juga lakukan seminggu sekali setiap selepas scrub..
Fungsi untuk menganjalkan kulit.
Caranya:Lakukan step 1),2) ,3) dan kemudian sapukan masker secara merata ,elakkan mata dan bibir...dan biarkan sekurang2nya 15 minit..

Selamat Mencuba

#Wardah #Skincare #MUA #Lipstick #Eyeshadows #2WayCakes#Foundation #CompactPowder #Halal
#Cosmetic #Organic #Beauty #MakeUp #Kosmetik




Ikuti Tips2 Sista Raden Faezah setiap hari sebelum jam 9 pagi di
https://www.facebook.com/WardahSkincareCosmeticInspiringTouchFaezah

Untuk pengikut,sila follow saya di:

Fb:Raden Faezah(Inspiring Touch Faezah)

Blog : http://radenfaiza.blogspot.com/

Instagram : #hijabfaezah

Pinterest : Raden Faezah

Twitter :@raden_yus

Google+ : Raden Faezah aka Yus Yusof

Saturday, June 29, 2013

Tips pagi ini: Alat Solek yang HARUS di BUANG..



Assalamualaikum...Selamat Pagi semua...dah sarapan semua..Pagi yang Panas dan Cerah hari ini...

Tips pagi ini: Alat Solek yang HARUS di BUANG..


Semalam Sis Sharing mengenai Had Tempoh Tamat kan...!
Jadi hari Ini Mengenai Alat Solek 
Yang HARUS Di BUANG...
KENAPA??Hargailah Kulit Anda kerna Ia Sungguh BerHarga..

~Pensel celak dan bibir cepat berkulat jika terdedah..Oleh itu ,Untuk mengelaknya segera menutupnya selepas digunakan..


~Bedak Debu(Loose Powder) yang dah berketul2.

~Maskara yang dah kering..'Melebihi sebulan tak di pakai..'

~Make Up berbentuk cecair yang dah berubah warna..

~Lipstik yang telah berubah warna "berkulat"....

Penggunaan Peralatan Solek Juga Mainkan Peranan..Span,Berus dan sebagainya gunakan yang bersih setiap kali penggunaan..

#Wardah #Skincare #MUA #Lipstick #Eyeshadows #2WayCakes #Foundation #CompactPowder #Halal #Cosmetic #Organic #Beauty #MakeUp #Kosmetik

Ikuti Tips2 Sista Raden Faezah setiap hari sebelum/sekitar jam 9 pagi

Untuk pengikut,sila follow saya di:

Fb:Raden Faezah(Inspiring Touch Faezah)

Blog : http://radenfaiza.blogspot.com/

Instagram : #hijabfaezah

Pinterest : Raden Faezah

Twitter :@raden_yus

Google+ : Raden Faezah aka Yus Yusof

Friday, June 28, 2013

Tips pagi ini:Tips Alat Solek & Tempoh Had Tamat Alat Solek

Salam Jumaat Wardah semua...
#Wardah #Skincare #MUA #Lipstick #Eyeshadows #2WayCakes#Foundation #CompactPowder #Halal #Cosmetic #Organic
#Beauty #MakeUp #Kosmetik

Tips pagi ini:Tips Alat Solek & Tempoh Had Tamat Alat Solek...

(*)Bersihkan beg solek anda dengan sempurna..Habuk dan   
     kotoran boleh menyumbang pada irritasi kulit..
(*)Cuci berus alat solek dengan syampoo lembut(baby) begitu  
     juga dengan penyepit/pelentik bulu mata,penajam pensel 
     kening danbibir dengan menggunakan minyak 'tea tree'..
(*)Ganti maskara setiap 3 bulan,pastika batang maskara      dibersihkan untuk mengelak ia tersumbat.bila ia berubah   
     tekstur adalah baik jika diganti,bimbang jika ia nya  
     berkuman kerana terdedah terlampau lama..

Jangka Hayat yang Selamat Bagi:
Maskara>>3~6 Bulan
Concealer,Facial wash,Krim/Cecair,Bedak Asas(foundation) dan Pelembab>>3~8 Bulan
Pemerah Pipi,Pembayang Mata,Pengilat Bibir,Gincu,Bedak Tabur,Bedak Padat,Penyegar/Toner dan Serbuk Pengilat>> 1 Tahun
Pensel Mata dan Bibir>>18 Bulan



Monday, June 24, 2013

{SEBAGAI PEDOMAN} Miskin Bukan Alasan



{SEBAGAI PEDOMAN}

Miskin Bukan Alasan


Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad kerana ingin meminta bantuan.Beliau berasal daripada kaum Ansar dan miskin.

"Wahai utusan Allah,saya memohon bantuan daripada tuan sedikit wang untuk saya dan tanggungan saya,"kata lelaki itu.


"Adakah di rumah saudara tidak mempunyai apa-apa?"tanya Nabi Muhammad."Saya hanya mempunyai sehelai tikar kain untuk kami duduk dan beberapa gelas minuman,wahai kekasih Allah,"jawab lelaki Ansar itu kehairanan.mengapa pula Nabi Muhammad bertanya berkenaan barang-barang yang ada di rumahnya sedangkan beliau hanya memerlukan sedikit wang daripada Nabi Muhammad,tidak lebih daripada itu.

"Bawakan barang-barang saudara itu kepada saya,"kata Nabi Muhammad meminta lelaki itu membawa barang-barang yang ada di rumahnya kepada beliau.

Lelaki itu mentaati perintah Nabi Muhammad lalu beliau berjalan pulang ke rumahnya.Beliau masih memikirkan tujuan Nabi Muhammad menyuruhnya berbuat demikian. Sambil berfikir,tanpa disedari beliau sudah sampai ke rumah. Diambilnya sehelai tikar yang dibuat daripada kain serta beberapa gelas minuman.Kemudian beliau berjalan kembali bagi menemui Nabi Muhammad.
Beliau menyerahkan barang-barang itu kepada Nabi Muhammad.Lelaki itu tetap dalam kebingungan.Beliau masih tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad dengan barang-barang itu.

Nabi Muhammad mengambil barang-barang itu dan bertanya kepada beberapa orang sahabat yang berada bersama-samanya,"Siapakah antara saudara yang ingin membeli barang-barang yang ada pada saya ini?" tanya Nabi Muhammad.

"Saya ingin membelinya dengan satu dirham,"jawab seorang sahabat.

"Siapa yang mahu membelinya lebih daripada satu dirham?"Tanya Nabi.

"Saya ingin membeli kesemuanya dengan dua dirham!'sambut seorang sahabat yang lain.
Nabi Muhammad pun memberikan barang-barang itu kepada sahabatnya yang mahu membeli dengan dua dirham.Selepas wang dua dirham diserahkan kepada Nabi Muhammad,beliau memanggil lelaki Ansar yang kehairanan itu.Lelaki Ansar itu berfikir,sudahlah beliau orang miskin,Nabi Muhammad pula menjual semua harta-harta yang tinggal sedikit itu.Tetapi beliau tidak menyuarakan kehairanannya kerana menghormati Nabi Muhammad.

mendengar namanya dipanggil oleh Nabi Muhammad,lelaki itu segera menghampiri beliau.

"Ambil satu dirham ini.Wang ini saudara belikan makanan untuk anak-anak dan isteri saudara.Kemudian satu dirham lagi ini,saudara pergi kepasar dan belikan kapak.Bawa kapak itu kepada saya,"kata Nabi Muhammad.

Lelaki yang kebingungan itu bertambah bingung.Bermacam-macam pertanyaan bermain dalam fikirannya.Namun beliau tetap tidak membantah arahan Nabi Muhammad.

"Baiklah,wahai kekasih Allah,"kata lelaki itu.




Diambilnya wang dua dirham yang diserahkan oleh Nabi Muhammad.Kemudian beliau pergi kepasar membeli makanan dan sebilah kapak yang tidak mempunyai pemegang.
Sebelum pulang menemui Nabi Muhammad,beliau singgah ke rumah memberikan makanan yang dibeli tadi kepada isteri yang sedang menunggu beliau.Isteri beliau terlalu gembira sehingga menangis kerana mendapat makanan itu.Lalau isteri beliau membahagi-bahagikan makanan itu kepada nak-anaknya.Lelaki itu memerhatikan gelagat anak-anaknya yang sedang menjamah makanan.Beliau berasa sedih dan sebak melihat anak-anak yang sudah beberapa hari tidak makan.

Kemudian lelaki itu pergi menemui Nabi Muhammad bersama kapak yang tidak mempunyai pemegang itu dan diserahkan kepada Nabi Muhammad.Nabi Muhammad mengambil kapak itu lalu mengikatnya dengan sebatang kaya sebagai pemegang.Apabila selesai,beliau memberikan kapak itu kepada lelaki Ansar tadi.

"Pergilah saudara ke dalam hutan.Carilah kayu-kayu kering dan bawa kayu-kayu itu ke pasar bagi dijual sebagai kayu api.Saudara jangan kembali ke sini berjumpa dengan saya selama 15hari,"kata Nabi Muhammad.

Tanpa banyak bersoal jawab,lelaki itu terus pergi ke hutan.Dicarinya kayu-kayu kering,kemudian dipotong kecil-kecil,lalu kayu-kayu diikat dan dibawa ke pasar bagi dijual.Begitulah kerja lelaki Ansar yang miskin dan taat pada arahan Nabi Muhammad.Beliau melakukan kerja itu selama 15hari.Pada hari yang ke-16,beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad bersama-sama dengan wang jualan hasil kerjanya sebanyak 10 dirham.

Sambil tersenyum gembira,lelaki itu menyerahkan wang 10 dirham kapada Nabi Muhammad dan berkata, " Wahai kekasih Allah,teirmalah 10 dirham ini. Wang ini saya peroleh hasil kerja-kerja yang saya lakukan atas perintah tuan dahulu."

"Ambillah wang itu dan belanjakan dengan sebaik-baiknya.Pekerjaan saudara ini lebih baik daripada saudara datang pada hari kiamat nanti dengan wajah yang mempunyai titik-titik hitam.Meminta-minta itu tidak baik kecuali orang yang sangat miskin,orang yang mempunyai hutang yang banyak dan orang yang mempunyai tanggungan diyat," kata Nabi Muhammad memberi nasihat kepada lelaki itu.

-------


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14477.0