Tuesday, April 29, 2014

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Orang pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
Orang pertama tulis bismillah ? ?????
Anak kalau tanya mampus nak jawab..
So simpan nota nih....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah kalau tak SHARE sebab hanya 1 peluang dakwah yang MUDAH. . . Jom share !!! Sebarkan...

Wallahualam bihaqiqati...


~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yusmarlaily Yusof
#wardahskincare #wardahkosmetik #wardahbeauty #love #earth #live #life #sayajual#sayajualwardah #wardah #isellwardahproducts
#DoaMH370

Thursday, April 10, 2014

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.

Assalamualaikum..

Sis cukup terkesan dng tazkirah ni..

Jom same2 muhasabah diri..

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.

Mari fikir-fikirkan...

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT.
Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang.
Bukan sebab orang aniaya.
Bukan sebab santau atau kerja jin.
Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam.
Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

KEBERKATAN YANG DICARI

6 cara utk mendapat pahala setelah mati:

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tempat awam.

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.


~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yus Yusof
#wardahskincare #wardahkosmetik #wardahbeauty #love #earth #live #life #sayajualwardah #wardah #isellwardahproducts
#prayMH370

PERBANYAKKAN PERKONGSIAN BERMANFAAT DI FB,TWITTER MAHUPUN MANA2 MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum...

PERBANYAKKAN PERKONGSIAN BERMANFAAT DI FB,TWITTER MAHUPUN MANA2 MEDIA SOSIAL

Mari kita buat perkongsian yang bermanfaat agar IA TIDAK menjadi sesuatu yang 'sia-sia'.

Setiap kita ini tentunya mempunyai tip-tip, ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman yang boleh kita kongsikan bagi menjadikan kita dan rakan-rakan kita menjadi lebih baik dari semalam.

Kongsikanlah. Tuliskan ia apabila terlintas difikiran kita. 
Moga dengan itu dibukakan pintu rezeki dan dipermudahkan urusan kita, kerana membantu rakan-rakan dengan maklumat dan ilmu yang kita ada itu menurunkan Rahmat Allah SWT kepada kita.

Amin. Amin. Amin.

~Insp¡r¡ngly Del¡ghtFul by Sis Raden Faezah aka Yus Yusof
#wardahskincare #wardahkosmetik #wardahbeauty #love #earth #live #life#sayajualwardah #wardah #isellwardahproducts